artikel

Permainan Puzzle Jigsaw

“kamu pernah nampak sotong goreng tepung?”

“Pernah, kenapa?”
“Hebatkan sotong tu? Boleh goreng tepung”

Aku mengecilkan mata tanda joke itu tidak kelakar mana. Tapi dia yang gelak lebih-lebih dengan jenakanya sendiri. Dia memang jenis mudah terhibur. Walaupun dengan ceritanya sendiri.

Dia mencebik.

“Tak kelakar ke ?”
“Nice try, hampir nak gelak”
“Cuba la support sikit”
“Try harder, i sikit lagi nak tergelak”

Dia menjuihkan bibirnya keatas dan sambung makan. Dia nampak berselera. Sayur diasingkan kerana katanya dia tidak percayakan sayur yang dibasuh selain dari dirinya sendiri. Tidak bersih. Takut ada ulat.

“kamu, boleh mintak tolong?”

“Tolong apa ya?”
“Habiskan makanan i boleh?”
“Tapi nasi tinggal lagi sikit je tu. Kenapa tak habiskan?”

Dia diam sebentar sambil tangannya mengasingkan sayur daripada nasi goreng. Sudu dan garfu disusun kemas di atas pinggan dan pinggan tersebut ditolak perlahan ke arah aku.

“I takut gemuk”
“Lah, kamu kurus kot. Selama ni kamu makan banyak, tak nampak pun gemuk”
“Tapi i nak kena jaga berat badan mulai sekarang”
“Okay, but what if i tell kamu yang i tetap sayangkan kamu kalau kamu gemuk?”
“No. I still akan jaga berat badan i. And kamu, please, habiskan makanan ni demi i”

Dia tersenyum hingga menutup kedua belah matanya. Senyuman yang dipaksa, tetapi comel.

“Oh by the way, i dah asingkan sayur tu demi kamu. Cakap terima kasih cepat!”
“Tapi kamu yang paksa i suruh habiskan”
“Aip aip aip, say thanks please”

Haih.

“Terima kasih, cik Lisa”
“Sama sama wahai tuan hamba”

“kamu, nak tanya boleh?” dia menolak tangan aku dengan jari telunjuknya berkali-kali.
“Ha ye apa dia?”
“kamu pernah main jigsaw puzzle?”
“Pernah. Kenapa?”
“Hmm, kejap”

Beg tangannya yang berwarna biru itu di letakkan di atas peha, dan dia meraba mencari sesuatu.

“Ha, nah. Ambil ni”
“Apa benda ni?”
“A part of jigsaw puzzle”
“Nak i buat apa dengan benda ni?”
“Simpan. It might be useful for kamu”
“Hah?”

Dia pantas mengambil wallet coklat aku dan meletakkannya di bahagian hadapan kad IC aku.

“Jangan hilang tau”

((Malam))

“Jadi, kita nak kemana?” tanya aku setelah aku menjemputnya di apartmen kediaman.

“kamu jalan je dulu, nanti i bagitau”

“Okay”

Malam itu indah. Bintang berkerdipan, bertaburan di angkasa. Bulan menyembunyikan diri dibalik awan. Malam itu lengang walaupun dalam kawasan bandar.

“kamu tengok apa dekat luar?”

Dia menoleh ke arah aku. Tingkapnya dibuka dan membiarkan angin lalu di wajahnya. Cantik. Rambutnya yang di gunting pendek paras bahu menyerlahkan lagi keayuan wajahnya.

“kamu, berhenti tempat biasa boleh?”

“Baik boss”

Dia tersenyum. Ah, mana aku tak cair kalau setiap hari begini.

Aku membawanya ke tempat biasa kami pergi selalu; lereng bukit Crystal Heights. Lokasinya strategik kerana di sini, kami boleh melihat seluruh kawasan bandar. Kebiasaannya kami akan duduk diatas bonet kereta, dan berceritakan segala benda yang terbuku dalam hati.

Tapi hari ini, lain. Bukan seperti hari-hari yang lain

“kamu, i ada benda nak tanya ni”
“Ha tanya lah apa dia?”
“kamu… sayang i tak?”
Dia memandang aku dengan penuh serius. Entah dari mana datangnya idea untuk bertanyakan soalan sebegini.

“Of course lah! Wait. Kenapa kamu tanya?”

“Saja, nak tahu”
Mesti ada sesuatu ni. Aku tak bodoh, aku boleh nampak mata dia berkaca. Aku tahu dia cuba menahan diri dari menangis. Aku tahu, mesti ada benda yang dia sembunyikan.

“There is must be something! Tell me!”
“No, really. I just nak tau je”
“kamu tak payah nak menipu. Bukan sehari dua tau kita kenal”
Dia terdiam.
“Jom, kita balik” aku sambung.
“kamu, sini jap i nak bisik sesuatu”
“Bisik apa?”
“Sini lah”
Aku mendekatkan telinga aku. Dia pantas merangkul leher aku dan bibir kami saling bertautan. Hangat nafasnya, menghangatkan malam yang dingin itu.
“Sorry kalau apa yang i tanya tadi buat kamu marah. I love kamu”

Malam itu ternyata lain sekali berbanding malam malam yang lain.

Pagi esoknya, aku cuba menelefon Lisa setelah berpuluh-puluh morning wish aku dia tidak balas. Nak dikatakan dia kehabisan bateri, dia selalunya mengecas pada waktu malam sebelum tidur. Pelik. Seperti biasa, aku akan menunggu di bawah apartmennya untuk mengambilnya ke kelas.

8.15 pagi. Tiada.

8.20 pagi. Tiada. Aku semakin pelik.

Aku tunggu sehingga 8.30 pagi dan aku masih tidak nampak kelibatnya. Terus, aku menuju ke rumahnya di tingkat 12.

Aku mengetuk pintu rumahnya beberapa kali. Tiada sahutan. Aku mencuba nasib memulas tombol pintu dan,

pintu itu tidak berkunci.

“Hello?” pintu rumahnya aku menolak perlahan.
“Sayang? Are kamu there?”

Rumah itu kosong. Kosong, umpama tiada siapa yang menghuni rumah tersebut. Alamat tidak salah, kerana aku yakin ini rumah Lisa. Aku tahu itu kerana di hadapan rumahnya ada rak kasut kayu yang kami beli di Ikea.

Aku terus menapak ke dalam rumahnya dengan berhati-hati. Entahkan dia masih tertidur kerana kepenatan, mungkin juga.
Aku tak tahu apa yang aku cuba cari kerana rumah itu sudah kosong; tiada baju di dalam almari, tiada makanan di dalam peti sejuk, tiada majalah di bawah meja kopinya, tiada. Kosong.

Kecuali ada satu kotak jigsaw puzzle yang diletakkan dibawah tilamnya.
Ada juga sticky note yang dilekatkan di atas kotak itu yang tertulis,

“I’m sorry”

Pantas, aku mengeluarkan wallet aku.

By : Tempehrature